IDEOLOGI DAN PEMIKIRAN YANG MERUNCINGKAN
Dewasa ini mahasiswa sering terdedah dengan permasalahan
percanggahan ideologi dan pemikiran yang meruncingkan. Dasar serta teras dalam
fahaman ideologi yang tidak konkrit akan melahirkan mahasiswa yang berpemikiran
tidak sejajar dengan apa yang dikehendaki oleh Al-Quran dan Sunnah.
Baru baru ini Malaysia dikejutkan dengan himpunan remaja
aties (Atheist Republic Consulate) yang
kebanyakannya terdiri dari anak muda melayu yang murtad. Hal ini amat dikesali
kerana kebanyakan mereka merupakan remaja yang pada awalnya beragama islam.
Permasalahan yang berpunca daripada kurang
kefahaman serta ilmu pengetahuan yang mendalam tentang agama akhirnya
melahirkan remaja dan mahasiswa yang pincang. Tidak cukup dengan permasalahan
aqidah mahasiswa yang menimbulkan kerisauan. Anak muda kini lebih mudah
terdedah kepada ideologi yang sama sekali tidak selari dengan ajaran al-quran
dan sunnah seperti liberalisma, pluralisma, feministma dan sebagainya.
Allah swt berfirman :
وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ ۚ بَلْ أَتَيْنَاهُمْ بِذِكْرِهِمْ فَهُمْ عَنْ ذِكْرِهِمْ مُعْرِضُونَ
"Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu
mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya.
(Bukan sahaja Kami memberikan agama yang tetap benar) bahkan Kami memberi
kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan
kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu
menerimanya." [ Surah al-Mukminun ayat 71 ]
Mereka yang beraliran sebegini tidak pernah puas sebenarnya
dengan apa yang mereka telah tentukan dalam sifir hidup mereka, undang-undang
mereka akhirnya meranakan diri mereka sendiri, apabila diteliti dengan lebih
mendalam cara fikir mereka akhirnya mereka itu telah pun mencipta agama aliran
faham mereka sendiri.
Dr Yusuf al-Qaradhawi menaqalkan kalam ahli falsafah,
"Telah aku lalui semua pusat-pusat pengajian aliran
falsafah itu semuanya. Ku renung terhadap pandangan-pandangannya, yang aku
temui pencipta segala aliran itu kehairanan menongkat dagu atau menggigit gigi
sesalnya " (Rujuk: Bagaimana Manusia Mencari Erti Kebenaran, m/s 84,
Pustaka Ilmi)
Dalam mendepani cabaran munculnya pelbagai fahaman firqah
ini mahasiswa perlulah mengambil berat soal ilmu, pengajian-pengajian ilmu
perlu diperkukuhkan lagi. Tambahan pula, kita berada di zaman teknologi semakin
canggih, gunakanlah kesempatan yang ada untuk memenuhi tuntutan fardhu kifayah
dengan menyebar luaskan pengajian ilmu. Pengajian kitab-kitab turath, kitab
pemikiran, public speaking, halaqah santai dan pelbagai lagi program-program
yang dianjurkan boleh dihadiri bagi memperkukuhkan jati diri yang bebas dari
ideologi yang pincang.
Peranan Badan Kebajikan Anak Negeri dilihat sangat membantu
bagi menggerakkan suasana belajar serta menanamkan rasa minat kepada ilmu
sebagai langkah kearah penulinan fikrah dan pembentukan corak fikir mahasiswa
melalui program-program berbentuk ilmiah yang dianjurkan. Mahasiswa perlulah
mengambil tahu perkembangan isu semasa bagi melahirkan mahasiswa yang celik
informasi.
Antara perkara yang menyumbang kepada perpecahan umat (
firaq ) ialah apabila ilmu telah diabaikan, buah fikiran tidak dikocakkan untuk
mencari solusi dan tidak menjadikan AlQuran dan sunnah sebagai benteng
ketahanan fikrah daripada dilontar dengan pelbagai dakyah songsang dan
perpecahan yang mencelarukan kefahaman .
Justeru, dalam mendepani cabaran fikrah dan firqah masa kini
mahasiswa perlulah memainkan peranan masing-masing dengan mewujudkan alternatif
yang pelbagai dalam memperkukuhkan asas fikrah dan mahasiswa perlulah bersama
bersatu dalam satu wadah. Tanpa ilmu manusia mudah untuk terhoyong-hayang mengikut
apa sahaja yang ia dapat, dengan zaman yang penuh sulit dan mencabar ini
bekalan ilmu itu perlu untuk menjadi tembok pemisah supaya tidaklah muncul
isu-isu syi'ah, liberal, plural, dan sebagainya.
Allah swt berfirman :
وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا
"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak
mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan
serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang
dilakukannya." [ Surah al-Isra' ayat 36 ]
وَالَّذِينَ اجْتَنَبُوا الطَّاغُوتَ أَنْ يَعْبُدُوهَا
وَأَنَابُوا إِلَى اللَّهِ لَهُمُ الْبُشْرَىٰ ۚ فَبَشِّرْ عِبَادِ [17] الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ
أَحْسَنَهُ ۚ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ [18]
"Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah
atau memuja Taghut serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah,
mereka akan beroleh berita yang menggembirakan (sebaik-baik sahaja mereka mulai
meninggal dunia); oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu. (17)
Yang berusaha
mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan
menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah
orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah
orang-orang yang berakal sempurna." (18)
[ Surah al-Zumar ayat 17-18 ]
Akhir kata, Mahasiswa
perlulah bijak dalam meneliti permasalahan mengikut kondisi serta konsisten
dalam menimba ilmu dan berada bersama Badan Kebajikan Anak Negeri sebagai satu
wadah dan platform dalam membentuk penyatuan ummah.
Wallahu'alam.
Nurul Asyiqin binti Sazali
Timbalan Lajnah Perumahan BKPPPM sesi 2016/2017
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
"Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah"
"Rabbani Thaqafi Khairi"
Comments